11.10.11

henshin!

assalamualaikum to All readers of this blog, "life of black and white", for your information, this blog is no longer i use to share my article.. now i use the new one blog.. called "another side of coin"..but the theme is different..hope you all can still accept the style of my article in the new blog..okay?..so, see you all there...:)..assalamualaikum...




10.8.11

antara hypertaqwa dan hypermarket...

ramadhan kareem..
bulan yang penuh dengan rahmat dan maghfirah Allah dan dijanjikan pelepasan dari api neraka di hujungnya...kerana bulan ini menjanjikan ketaqwaan bagi sesiapa yang benar2 menghidupkannya...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Sahih International
O you who have believed, decreed upon you is fasting as it was decreed upon those before you that you may become righteous -
Malay
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

inilah ayat pensyariatannya....supaya kamu bertaqwa!!

tapi sejauh mana usaha kita untuk itu???
seperti biasa..aku mengajak korang berfikir, memerhati, dan merenungi...
sejauh mana usaha kita?



reality ramadhan kita:
1. bazar ramadhan
2. shopping raya
3. tidur....
4. letih...~
5. takde beza ngan bulan yang lain....

dan banyak lagi kalau kite leh perhatikan...
tapi kat sini yang aku nak highlight ialah no. 1 dan 2 di atas...

yea...sangat ketara kot!..
tgk je la berapa ramai orang kt shopping kompleks waktu bulan ramadhan!!!
berapa ramai orang kat bazar yang berpusu2 membeli makanan???

hehe..jangan salah paham ye..aku tak salahkan mereka berada di sana...
yang aku isukan di sini...antara 2 offer...

antara pesta ibadah dan pesta potongan harga....
antara pesta mendidik jiwa dan pesta makan...
antara pesta penyucian dan pesta pembaziran...

ramadhan datang membawa 1001 offer....

ibadah di lipat gandakan pahala...

Sabda Rasulullah s.a.w :

“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”

(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)


pengampunan dosa....

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)



mendidik jiwa....

"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa" [Bukhari-Muslim]

Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)


Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata mengenai hadis di atas:

Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa itu kepada diri-Nya”

(Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)


dijauhkan dari api neraka...

"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" [Bukhari-Muslim]



dan lain2...

Tiga orang yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin Yang Adil,Orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan doa orang yang dizalim…..diangkat oleh Allah di atas awan pada hari qiamat dan dibuka baginya pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “ Demi kemuliaanKU pasti AKU menolong engkau walaupun hanya menunggu masa sahaja”.
(Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan an-Nasai dan Ibn Majah )


Rasulullah s.a.w bersabda :

“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya,

bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi

Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum– no: 1894)


tapi kita????

berlama2 di bazar, sibuk mencari makanan yang best2...
hampir semua nk dibeli...
aktif berjalan di hypermarket mengejar offer potongan harga sempena untuk menyambut raya!....
oh manusia....
sedihnye....sehina itu kah kita???

kita masih terkejar2 dunia dari akhirat??
kita masih menagih kemuliaan dunia dari akhirat???

fikir2kanlah....

antara hypertaqwa dan hypermarket....

yang manakah pilihan kita???

wallahu a'lam.....

13.7.11

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

Umat digalak perbanyak ibadah sunat sebagai persediaan hadapi Ramadan

KEDATANGAN Syaaban memberi petanda kita semakin hampir untuk bertemu Ramadan al-Mubarak, bulan Allah melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-Nya.

Sebagai persiapan untuk menghadapi Ramadan apakah amalan yang disunatkan Rasulullah pada Syaaban? Sebenarnya pada bulan ini Rasulullah SAW memperbanyakkan puasa hingga diriwayatkan Baginda berpuasa sebahagian besar pada bulan itu.

Aisyah berkata:

“Rasulullah SAW berpuasa hingga kami menyangkakan Baginda tidak akan berbuka dan Baginda berbuka hingga kami menyangkakan Baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada Syaaban.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Selain amalan berpuasa, tiada hadis sahih menunjukkan Baginda SAW mengkhususkan amalan tertentu sempena Syaaban. Namun, amalan sunah lazimnya dilakukan tanpa mengkhususkan waktu tertentu seperti membaca al-Quran, mengerjakan solat sunat, berzikir dan berdoa.

Mengenai hikmah Rasulullah SAW meningkatkan amalan puasa pada Syaaban, Al-Hafiz Ibn Hajar mengulas dalam Fath al-Bari: “Hikmah lebih tepat untuk dikatakan berhubung persoalan ini, iaitu meningkatkan amalan puasa pada Syaaban adalah seperti yang disebutkan hadis dengan darjat lebih sahih daripada hadis terdahulu.

Hadis diriwayatkan oleh al-Nasaai dan Abu Daud, disahihkan Khuzaimah daripada Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah, Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (Hadis riwayat al-Nasaai)

Oleh itu, sewajarnya kita menyambut kedatangan Syaaban dengan menggandakan ibadat puasa. Namun, ada beberapa perkara sering diperdebatkan mengenai puasa pada Syaaban iaitu adakah dibolehkan berpuasa pada keseluruhan Syaaban dan larangan berpuasa selepas pertengahan bulan ini.

Ulama berbeza pendapat sama ada dibenarkan berpuasa sepanjang Syaaban. Sebahagian pendapat mengatakan kadangkala Nabi SAW berpuasa pada keseluruhan bulan Syaaban dan ada kalanya baginda berpuasa pada sebahagian besar Syaaban saja.

Sebahagian lain berpendapat Baginda tidak pernah berpuasa sebulan penuh pada bulan lain menurut kalendar hijrah kecuali Ramadan al-Mubarak. Manakala Baginda hanya berpuasa sebahagian besar hari pada Syaaban. Perbezaan pendapat ini disebabkan wujudnya hadis Nabi SAW yang menunjukkan Baginda pernah berpuasa sepanjang Syaaban dan ada pula yang menidakkannya.

Daripada Abu Salamah, Aisyah berkata: “Nabi SAW tidak berpuasa pada satu bulan yang lebih banyak berbanding Syaaban. Sesungguhnya Baginda berpuasa sebulan penuh.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Bagaimanapun, hadis di atas seakan-akan bercanggah dengan hadis daripada Aisyah yang menurutnya Nabi SAW hanya berpuasa sepanjang bulan pada Ramadan.

Bagi menghilangkan percanggahan yang timbul, Al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan bahawa hadis menunjukkan Rasulullah SAW berpuasa sebulan penuh Syaaban sebenarnya hanya menunjukkan baginda biasa berpuasa sebahagian besar pada bulan itu.

Tambahnya lagi: “Imam al-Tirmizi menukilkan daripada Ibn al-Mubarak katanya: Menurut bahasa Arab, apabila seseorang berpuasa pada sebahagian besar daripada sesuatu bulan, maka boleh dikatakan dia berpuasa sebulan penuh. Dikatakan seseorang itu solat sepanjang malam padahal ada kemungkinan dia masih makan malam serta sibuk dengan urusan lain.”

Selanjutnya berkaitan perbezaan pendapat ini, Al-Hafiz Ibn Hajar menegaskan: “Tetapi, jelas sekali pendapat ini (boleh berpuasa sebulan penuh ketika Syaaban) seakan-akan terpaksa. Namun, pendapat paling sahih adalah pendapat pertama, iaitu Baginda hanya berpuasa sebahagian besar daripada Syaaban.

Ia dikuatkan lagi melalui riwayat Abdullah bin Syaqiq yang dinukilkan daripada Aisyah serta dikeluarkan oleh al-Nasaai yang berbunyi: “Baginda SAW tidak pernah berpuasa sebulan penuh sejak datang ke Madinah selain Ramadan.”

Hal ini dikuatkan lagi dengan hadis yang melarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum puasa Ramadan bermula. Menurut Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan sekali-kali salah seorang antara kamu semua mendahului puasa Ramadan dengan puasa sehari atau dua hari kecuali orang yang sudah biasa berpuasa pada hari itu. Justeru, dia bolehlah berpuasa pada hari itu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Tanggapan dilarang berpuasa pada Syaaban selepas memasuki hari ke 15 bersandarkan kepada hadis Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika memasuki pertengahan Syaaban, janganlah kamu semua berpuasa.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Sebenarnya tidak wujud percanggahan antara hadis melarang berpuasa selepas pertengahan bulan Syaaban dan hadis yang membenarkannya. Jumhur ulama membolehkan berpuasa pada Syaaban diteruskan walaupun selepas pertengahan bulan.

Jelas di sini Nabi SAW berpuasa pada sebahagian besar Syaaban. Justeru, marilah kita hidupkan Syaaban dengan memperbanyakkan ibadah puasa.



p/s: artikel ni dikongsi dari website ini---> http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/08/puasa-amalan-terbaik-hidupkan-syaaban/

(masih tidak biasa menulis dalam bentuk ilmiah seperti ini...semoga bermanfaat untuk semua)

30.6.11

isra' mi'raj...antara kisah seerah atau teladan kita...

bismillahirrohmanirrohim....
assalamualaikum....
asyhadu an laa ilaaha illa Allah..wa anna Muhammad Rasulullah...
Allahumma sholli 'Ala saydina muhammad....
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم...

17:1

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(isra', 17:1)

surah yang menjadi tanda kisah sebuah seerah atau kisah teladan yang telah berlaku jauh nun di zaman nabi muhammad S.A.W yang mana Allah telah menjemput kekasih-Nya untuk bertemu dengannya dan mendapat suatu hadiah yang cukup istimewa...iaitu solat...

bukan niatku untuk menulis kembali kisah perjalanan nabi kita S.A.W dalam isra' mi'raj ini di sini..kerana rata2 ummat islam telah 'arif (tahu) tentang kisah ini...setiap tahun kisah ini diulang dan di ulang...maka, tak perlu lah aku untuk mendetailkan apa yang berlaku kepada junjungan kita Muhammad S.A.W...

namun, kita fikir sejenak..bagaimana kita memperlakukan kisah ini? adakah hanya dengan menghafal apa yang berlaku? kemudian bercerita dan berhujah jika ada perbezaan cerita antara engkau dan dia(sape2 je la)? atau ...bagaimana?

aku mengajak kita sama2 melihat, merenung, menghayati, dan akhirnya mengimani apa yang terjadi...beberapa potong kisah yang telah berlaku pada nabi sepanjang perjalanan baginda dari makkah sehingga baginda menghadap Allah Azza wa Jalla..

sketsa 1

kisah jibril membelah dada nabi buat kali kedua bertujuan untuk membersihkan hati nabi dengan air zam-zam...

jika kita perhatikan dan kita fikir2kan...nabi kita ni...maksum (bebas dari dosa), takkan buat salah sebab Allah pelihara dye dari kesalahan....

tapi, kenapa perlu di cuci untuk kali kedua??? pernah kita soal?

rasulullah sebagai uswah hasanah kepada seluruh ummat manusia di akhir zaman ini...maka, apa yang berlaku dan di tetapkan Allah kepada nabi-Nya Muhammad adalah mengikut fitrah kemanusiaan...jadi, adakah mungkin pembersihan hati untuk kali ke2 yang berlaku atas nabi itu suatu yang luar biasa dan luar dari kemanusiaan?

hakikatnya di sini yang kita boleh ambil iktibar ialah, Allah ingin memberi tahu manusia yang mana semulia2 insan pun perlu di bersihkan hatinya...apatah lagi kita yang sering berlumur dengan dosa?

jom koreksi diri...sejauh mana kita membersihkan hati kita setelah buat dosa seharian? sejauh mana kita membersihkan jiwa kita tatkala tersalah laku?... sepantak manakah lidah kita beristighfar tatkala tersilap kata2 atau tindakan?

wallahu a'lam...jawaban di tangan anda...

sketsa 2

di dalam perjalanan nabi menaiki buraq dari makkah sehingga menghadap Azza wa Jalla, banyak yang meriwayatkan tentang azab2 yang Allah perlihatkan kepada nabi kita Muhammad S.A.W di atas langit...namun, kadang kita terlepas pandang.. ada 1 azab yang Allah tunjukkan kepada nabi di saat perjalanan baginda ke masjid al aqsa.. iaitu nabi melihat seseorang yang memakan bara api...AZAB INI BAGINDA LIHAT TATKALA PERJALANAN DARI MASJID HARAM KE MASJID AQSA!..(perjalanan di muka bumi).. tatkala nabi melihat perkara tersebut, lalu baginda bertanya kepada jibril, "wahai jibril, kenapakah orang itu memakan bara api?" (atau seperti mana yang nabi sebut)..kemudian jibril memberitahu nabi bahawa orang itu adalah orang yang mengatakan sesuatu yang dia tidak lakukan...

seperti firman-Nya...
61:2
61:3

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(as-sof, 61 : 2-3)

refleksi pada diri kita...sejauh mana kita malaksanakan apa yang kita katakan? apa yang kita tulis dalam blog2 kita? apa yang kita pesan pada rakan2 kita?

sanggup ke kita nk makan bara api? boleh praktis di bumi, rasa, bagaimana rasanya kemanisan bara api itu...hehe..ada bran???

jika tidak...bersihkanlah hati...dan lakukanlah apa katamu itu...:)

hmm...

wallahu a'lam...cukuplah dahulu sekadar ini...banyak lagi yang boleh kita teladani dari kisah ini...tapi apa guna kita bincang panjang2 tapi dari amalannya kosong...semoga kita melangkah kearah yang lebih baik...janganlah seerah nabawiyah kita itu sekadar menjadi bacaan2 yang menghiburkan kita sahaja...tapi, renungilah...hayatilah..dan imanilah apa yang cuba disampaikan oleh Allah melalui kisah2 yang telah lalu...semoga kita diberi petunjuk olehNYA...
sekian..wassalam

12.6.11

hala tuju kita..

reflesi dari broga...untuk semua...

astaghfirullah...3X

bismillahhirrohmaanirrohiim..

alhamdulillah robb sekalian alam...yang telah menjalankan malam dan siang, yang menciptakan hitam dan putih...yang menjelmakan kebaikkan dan keburukkan..dengan suatu yang mengimbangkan antara satu sama lain..yang mengukuhkan antara satu sama lain...

hmm..dan alhamdulillah semalam aktiviti yang aku dan rakan2 nk jalankan dah pun berjalan ngan lancar...walaupun banyak cacat celanya...itu adalah bukti kukuh yang kita ni cuma manusia...yang penuh dengan kelalaian...kealpaan...kehinaan dan yang sewaktu dengannya..

so, citer r sikit ape yang aku dapat dalam perjalanan ni...

pada mulanya, aku tgk dorang ni kekok ngan ajakan aku...tapi semangat yang ada dalam diri dorang mengalahkan kekekokan yang mereka ada...hamdalah...

dalam program ni..mule2 aku tengok la...masing2 berkumpul ngan geng2 masing2..sembang ngan geng masng2 gak...tak brape nk bergaul ngan yang lain...perhatian aku la..tak pasti r cmne yang Allah perhatikan lak en...hmmm...

malam tu, aktiviti sangat simple... kumpul, ta'aruf, makan ringan, ngaji sikit..then tido... yang mula menarik bila waktu bangun pkul 3.30 pagi...pergh!~~ sejuk bhai~....sejuk hati tgk dak2 ni mampu qiam....walaupn nafsi2...tapi bagi aku..itu yang terbaik...:)...you guys are soo great!!
then kitorang bertolak ke kaki bukit yang manusia bagi nama, "Broga"...walau dalam gelap...hanya bersuluhkan beberapa lampu suluh yang dorang baru beli kat kaki bukit..(LOL).. tak ku sangka...demi kemaslahatan orang lain, dorang beli ...(semoga benar2 begitu..hehe)... dan kerja sama serta tolong menolong antara mereka...akhirnya kami berjaya sampai ke destinasi... (walaupun ada yang kecundang di tengah jalan...insyaAllah kecundang bukan berarti kalah!!! lain kali pasti dia sampai juga ke puncak..)

di atas puncak(tempat kami berkumpul)...terasa ketenangan...kedamaian...yang tiba2 muncul..entah bila Allah mencampakkan perasaan itu dalam hati kami...seronok je...sejuk pagi tu da soal ke 2... akhirnya laungan adzan berkumandang di atas bukit itu...yang datang dari kalangan kami... then kami solat dengan sedekah tayammum yang Allah berikan kepada kami... alhamdulillah.. terasa super!!!!! lagi2 saat dahi ini mencecah ke tanah di waktu sujud... (kami solat di atas bukit tanpa beralaskan apa2...melainkan tanah dan pasir..) terasa zat2 yang Allah ciptakan masuk ke hati2 kami...dan saat zikir lak, paling terbaik...haha...masing2 terlalu khusyu' sampai ada yang mengangguk2...(tertido la tu..~)...hamdalah... tetap aku rasakan suatu langkah yang indah dan aku tak terasa langkah untuk melaksanakan aktiviti ni adalah langkah untuk kami bermula melangkah ke arah yang lebih indah...

usai pengabdian khusus kami kepada Allah... kitorang stretching otot2 dan rongga badan agar terasa extra segar!~..then perkongsian dari setiap manusia yang join aktiviti ni...saat itu la yang paling indah sekali...bila dalam perkongsian itu, sedikit demi sedikit, kegelapan malam itu beransur hilang dan cerah mentari mula menguasai bumi...ibarat seperti hati2 kami yang dahulu dalam gelap malam..kemudian datang sinar iman yang mencerahkan hati2 ini...indahnya...Allah je la yang tau...

terasa seperti mati hidup semula pun ada...terasa seperti orang buta yang bertemu tongkatnya kembali pn ada gak... itu lah nikmatnye ukhuwah islamiyyah yang mana ikatannya itu berdasarkan keimanan kita kepada Allah..tiada jurang pemisah antara kami..TIADA PERBEZAAN ANTARA UMUR MAHUPUN PANGKAT...yang ada...hubungan yang terjalin indah kerana Allah Azza wa Jalla...jelas kan terbukti...firman Allah :

maksudnya...

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."(surah 49: 13)

malah Allah berfirman kt kita untuk btau kita yang kita ni bukan orang lain tapi saudara antara sesama kita....dalam kitabNya:

bermaksud:
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."(49:10)

nyata tiada ragu lagi...dan semoga kesedaran dan jalinan ikatan persaudaraan yang telah terjalin antara kita kekal manis hingga ke akhirnya..kerana... inilah langkah permulaan kami..langkah yang mana kami halakan ke jalan yang mempunyai kesudaan yang pasti dan abadi.. jujur aku katakan..aku cuma ingin pastikan kita sama2 sampai ke kampung halaman yang indah...yang pernah di huni oleh atok n nenek kite..iaitu kat syurga...hmm..

jom kita melangkah kearah keindahan kehidupan para sahabat...kehebatan para syuhadaa'...keteguhan para khalifah...dan kesempurnaan islam yang dahulu pernah menyinar di segenap penjuru dunia...MARI KITA MEMBUMIKAN KEMBALI KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM...SEPERTI KEHIDUPAN MUHAMMAD S.A.W DAN PARA SAHABAT BAGINDA..:)

semoga korang dapat manfaat..sekian..wassalam

30.3.11

like this song lyric

Hanabi (Code Blue OST) - Mr.Children

What value left is there
in this world I live in?
I start thinking its all meaningless
or maybe I’m just tired?

In exchange for something I got
I gave up a number of precious things
but it’s not such a peaceful world
that I can lament each and every one.

What kind of dreams should I envision?
What kind of hopes should I take with me as I go forward?
These seemingly impossible to answer questions
Get buried in my day to day life.

If you were here I wonder what you would say?
you’d probably say I was being “gloomy” and have a laugh.
I just wish i could see your gentle smile to blow away my melancholy.

even if it’s a light like fireworks
that can never be caught
one more time, one more time, one more time, one more time
I want to reach out for it.

We all carry sadness with us
but we hope for a better tomorrow
I wonder to what extent we can love a world
gripped by fear, thrown into unrest?

I get choked up on the words ’cause I think too much
I hate how clumsy I am
Yet oddly enough, I hate more how skillfully I can pretend.

Whether we spend the years laughing or crying
time passes the same for all
the future is calling to us
are you, now, hearing it too?

Even though we knew from the start
that we’d eventually have to say goodbye
one more time, one more time, one more time, one more time
and as many times as I can I hope to see you again.

I never imagined that simply meeting you
could make the world seem so beautiful
would you laugh at me for being simple minded?
I want to say “thank you” to you from my heart.

I wish my heart flowed fast and smooth like water
so that it would not settle in one place.

For all those times when I need to see you
for those times when I’ll miss you so
one more time, one more time, one more time, one more time
I want to burn your memory deep in me.

We all have our problems
but we hope for a better tomorrow
I wonder to what extent we can love a world
gripped by fear, thrown into unrest?

one more time, one more time,
one more time, one more time…

27.3.11

quote from ma friend..~~

Sweetie, you’re twelve years old. You should be loosing teeth...not your virginity.

25.3.11

MERENUNG SEKELILING...

sengaja aku menulis...kerna tak tahu lagi apa cara yang perlu aku lakukan sekarang untuk menyampaikan selain dari menulis..

sebab aku mengelamun, jom fikir sejenak..

tengok sekeliling..

hmm...

anuar, again kene fitnah...dan langsung tak releven.. then, secara tak langsung pihak yang menfitnah telah memburukkan pemerintahan malaysia ke seluruh yang mengetahui berita fitnah ni...(xtau la sampai kemana berita ni, tapi boleh jadi sampai ke seluruh dunia cz bende ni tersebar di internet)... bala. hmm...unpamanya perkara itu bukanlah suatu yang aib dan boleh di tunjuk di public... kesian kadang2 aku tengok pemerintah yang kurang atau lupa aa yang die dah belajar dalam pendidikan islam dulu...tah kemana malunya...sampai fitnah itu menjadi budaya... angkara lucah itu umpama cerpen yang boleh dibaca oleh khalayak umum...

DAripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAWtelah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

bukan la maksud kt sini nabi suruh kite tak malu...tp sebaliknya..kerana, jika manusia tidak malu... jadi la perkara2 seperti sekarang berlaku di sekeliling kita..tak ubah seperti ummat2 terdahulu..yang melampaui batas kemanusiaan mereka...kaum lut, kaum quraisy, dan kaum2 yang lain yang telah mendapat laknat dari Allah...sedangkan banyak hadis menyebut tentang pentingnya malu itu sendiri...

sabda nabi S.A.W, "Malu dan iman keduanya sejajar bersama, ketika salah satu dari keduanya diangkat maka yang lainnya pun ikut terangkat." (Hadits Riwayat Hakim dan Ibnu Umar)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


kalau takde malu xde iman!!~wow... bukan suatu yang boleh di ambil enteng...jika takde iman...ape nilainya seorang mukmin yang xde iman???? umpama debu2 di pinggir jalan???oh,...mereka seperti binatang ternakan...bahkan lebih teruk..baru teringat ayatnye..hehe

7:179
Malay
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(7:179)
hmm..jauh lak perbincangan..ok..itu baru golongan atasan...tengok lak golongan rakyat...takde la aku cakap kepada semua..tp, pemimpin tu model kepada rakyat.. kes 24 march 2011 kt klate nuh...kes cubaan bunuh diri..hmm... kenapa agaknye ye??? leh tgk kt sini--->http://www.facebook.com/video/video.php?v=193475277358317&comments

ni kes x malu la ni..dah tak malu..iman pn terbang kemana..xingat ke akibatnye...?
Baru kes dalam negara...n baru yang ringan2..tak masuk lagi bab kerosakan akhlaq...ngan mat pit nye...ngan mat rempit nye...ngan gengster nye...ngan khurafat nye..dan macam2 lagi kerosakan yang berlaku...sume ni sebab malu dah terangkat sekali terangkatnye iman..=,=...

sedih ....tp apakan daya...sampaikan semampunya..selagi kudrat Allah beri ni masih ada...


jom tengok lak sekeliling....


hmm..gempa bumi kat jepun, tsunami kt jepun...dan sebelom2 ni....bencana alam yang melanda...dan bencana yang manusia bina...contoh peperangan2 yang tak sudah...kt ghaza, pakistan, n tempat2 islam yang lain...yang terbaru..libya...ape kes semua ni???itu pun manusia masih sukar menerima peringatan sayang dan lembut dari TUHAN yang Maha GAGAH...kalau Allah mahu..bileh je Allah tenggelamkan ummat ni ngan banjir mcm yang jadi kt kaum nabi nuh... tapi Allah masih duna method berlembut...bagi peringatan sikit2....dye sayang sangat kat hambanya...dye kesian kat hambanya yang lupa..tu yang dye bagi dengan penuh kasih sayang...


manusia ini kan senang lupa...hmm..dah la....semoga perkara yang aku tulis ni bermanfaat untuk semua...ingat..jaga la malu anda...semoga iman anda turut terjaga...Allah sayang anda dahulu sebelum anda sayang Allah...be thank to Allah...الحمد لله....WALLAHU A'LAM...

17.3.11

terima seadanya...dan melangkah


merenung kembali apa yang telah aku lakukan dan aku lalui..aku seperti mengerti sedikit salahku.. dan aku cuba mengerti mengapa ia berlaku..
hati aku di amuk dua arus tsunami. tsinami keimanan dan tsinami kehitaman..
dua bencana yang berusaha merubah aku kepada aku yang baru..yang menggoncang kaki aku
untuk terus berdiri..dan fikiran ku semakin tak keruan..disaat sepi..kegelapan itu menyelubungi..setelah itu, cahaya pula datang...aku buntu...

mana satu sebenarnya yang aku butuhkan?..pastinya cahaya..kerana kegelapan itu kosong..sedangkan cahaya itu yang mengisi kegelapan.. namun kerap kali cahaya itu terpadam..
aku tau salahku..kerana tak menjaga sebaiknya cahaya itu ag
ar terus mengisi ruang ini..
dan aku tahu tiada siapa yang akan mengubah aku kecuali diriku sen
diri..

aku perlu beruzlah..mengasingkan diri aku dari segala kegelapan..dan menetapkan diri aku dengan cahaya..kerana idola aku pernah menuturkan ini:.

"Seorang mukmin yang bergaul dengan orang banyak dan sabar atas tindakan-tindakan mereka, lebih baik dari orang yang tidak bergaul dengan mereka dan tidak sabar atas tindakan-tindakannya yang menyakitkan." (HR.Ahmad).

mengasingkan diri dari karat2 jahiliyah. menahan diri dengan kesabaran agar tidak bergaul dengan jahiliyah.

aku baru tersedar.. sakitku dan beban ku untuk menerima kepahitan dari seseorang yang perlu aku cinta itu adalah suatu perjuangan juga..dan luka2 dalam perkuangan itu
akan menjadi buktiku
dalam perjuangan ini...
teringat aku kata2 seorang syeikh dari indonesia, kiyai Rahmat Abdullah.. kata beli
au, " kita ini (mukmin) umpama air sungai yang mengalir deras! terkadang tenang, t
erkadang berkocak, dan terkadang terjun. semua itu berlaku agar dapat memberi manfaat kepada seluruh hidupan dunia ini.
dan dalam pengalirannya, ada batu2 yang menghalang perjalanan ini. dan lihat sajalah air itu melentok, meneggelamkan, atau melompati batu2 itu demi menca
pai matlamat yang lebih utama.. batu2 itu bukanlah penghalang kepada air sungai itu walau sebesar manapun batu itu..kerana pasti akan ada jalan keluar untuk terus melangkah..pasti.pasti.dan pasti. kerana itu mukmin perli kreatif dalam menghadapi batu2 penghalang dalam gerak hidupnya"...(diadaptasi)..
dan turut aku teringat suatu sifat air yang di sebut dalam cerita the last
air bander.. ketika ang sedang belajar unsur air. tok gurunya berkata " jangan kau biarkan dir
imu dikuasai emosi... kerana sifat air adalah menerima"...

alhamdulillah aku mampu tersenyum walau aku hampir kalah dalam peperangan ini.. ada betulnya kata pepatah "1 saat merubah segalanya". walaupun disaat2 akhir..kerana ini bukan pengakhiranku.
di mataku sekarang.. permasalahanku bukanlah untuk di fikirkan agar ada perubahan dalam keluargaku..ia adalah batu untuk aku loncati dan aku terima... kerana itulah sifat mukmin..
manusia tetap manusia..ada kekurangannya.. jika aku terluka kerana kekurangan itu, aku yakin luka itu menjadi bukti aku di masa kelak...

kerana itu aku beriman dengan MU ya Allah...dan aku redha dengan kete
ntuanMU.... terimakasih ya Allah.. aku akan cuba untuk menerima dunia ini seadanya..

dan aku akan terus berjuang...hingga saat yang KAU tentukan masanya untuk aku bertemu dengan MU..

9:111
Sahih International
Indeed, Allah has purchased from the believers their lives and their properties [in exchange] for that they will ha
ve Paradise. They fight in the cause of Allah , so they kill and are killed. [It is] a true promise [binding] upon Him in the Torah and the Gospel and the Qur'an. And who is truer to his covenant than Allah ? So rejoice in your transaction which you have contracted.
And it is that which is the great attainment.

bismillah...aku melangkahkan kaki kembali...

16.3.11

im totally lost


aku tak tau kenapa. dan tak pasti sejak bila. tapi aku pasti sekarang ni aku sesat jalan.aku buntu.
tak tau nak pergi mane. bila aku nak melangkah. umpama jalan mati di hadapan. bila aku nak undur, jalan di belakangku umpama hilang dari pandangan. cahaya yang ada hanya dari atas. menyuluh kepada diriku. aku buntu. aku sesat. aku tak tahu kemana arah aku tuju sekarang.
kerana sekelilingku gelap gelita.

aku kehilangan pengertian keluarga. aku jadi tak mengerti apa itu ibu. apa itu ayah. apa itu adik2 dan abang kakak. apa semua itu? siapa mereka? apa beza mereka dengan orang lain? kenapa mereka beza? aku melihat semua itu hanya sekadar gelaran.

aku sedar tindakan aku salah. tapi aku tak tahu apa yang perlu aku buat? hari demi hari aku makin tak mengerti. hari demi hari aku hanya teruskan hidup seperti hari semakin malam. makin aku melangkah. semakin gelap. aku hairan. kemana perginya bulan? kemana hilangnya bintang? jika di balik awan mendung. dimana sinat petir? mana bunyi unggas? mana dentuman guruh? mana? kenapa hidup aku semakin sunyi? angin pun turut terhenti. hujan tak turun. matahari tak timbul.raungan aku tak siapa mengerti. aku bungung. aku sesat. aku tak tahu kemana arah.

sahabat2 aku cubba untuk mengerti. thanx to them. jika sesiapa melihat aku sekarang yang sedang kesesatan. aku pohon. bantu aku. aku tak sesat dari sudut agama insyaAllah. cuma aku kehilangan sesuatu yang manusia harapkan. keluarga.