
aku tak tau kenapa. dan tak pasti sejak bila. tapi aku pasti sekarang ni aku sesat jalan.aku buntu.
tak tau nak pergi mane. bila aku nak melangkah. umpama jalan mati di hadapan. bila aku nak undur, jalan di belakangku umpama hilang dari pandangan. cahaya yang ada hanya dari atas. menyuluh kepada diriku. aku buntu. aku sesat. aku tak tahu kemana arah aku tuju sekarang.
kerana sekelilingku gelap gelita.
aku kehilangan pengertian keluarga. aku jadi tak mengerti apa itu ibu. apa itu ayah. apa itu adik2 dan abang kakak. apa semua itu? siapa mereka? apa beza mereka dengan orang lain? kenapa mereka beza? aku melihat semua itu hanya sekadar gelaran.
aku sedar tindakan aku salah. tapi aku tak tahu apa yang perlu aku buat? hari demi hari aku makin tak mengerti. hari demi hari aku hanya teruskan hidup seperti hari semakin malam. makin aku melangkah. semakin gelap. aku hairan. kemana perginya bulan? kemana hilangnya bintang? jika di balik awan mendung. dimana sinat petir? mana bunyi unggas? mana dentuman guruh? mana? kenapa hidup aku semakin sunyi? angin pun turut terhenti. hujan tak turun. matahari tak timbul.raungan aku tak siapa mengerti. aku bungung. aku sesat. aku tak tahu kemana arah.
sahabat2 aku cubba untuk mengerti. thanx to them. jika sesiapa melihat aku sekarang yang sedang kesesatan. aku pohon. bantu aku. aku tak sesat dari sudut agama insyaAllah. cuma aku kehilangan sesuatu yang manusia harapkan. keluarga.
No comments:
Post a Comment